
Sunday, October 18, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H
2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.
Monday, September 14, 2009
Kebenaran Kepada Sekolah-Sekolah Mengambil Cuti Peristiwa atau Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H
2. Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah mengambil Cuti Peristiwa bagi sekolah-sekolah yang masih berbaki Cuti Peristiwa atau Cuti Berganti bagi sekolah-sekolah yang telah habis Cuti Peristiwanya. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
3. Bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Khamis, 17 September 2009, dan bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Jumaat, 18 September 2009,
4. Sekolah-sekolah yang mengambil Cuti Berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan tersebut pada hari Sabtu, 31 Oktober 2009.
5. Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya meluluskan cuti tambahan tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan ini, tidak diberi secara keseluruhan. Semua Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memantau pelaksanaan cuti tambahan berganti ini.
Sunday, September 13, 2009
PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
Wednesday, September 9, 2009
Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
- P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).
- Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:
- Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
- Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
- Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
- Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
- Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
- Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
PENTAKSIRAN
- Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.
- Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
- Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.
Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematikn bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.
Kenyataan KPPM - Menghadapi Wabak Influenza A (H1N1) Semasa Peperiksaan Awam Tahun 2009
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
MENGHADAPI WABAK INFLUENZA A (H1N1) SEMASA PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2009
- Situasi pertama, murid yang telah dimasukkan ke wad boleh menduduki peperiksaan di hospital.
- Situasi kedua, murid yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti wabak Influenza A (H1N1) akan dikenalpasti oleh guru sekolah sebelum peperiksaan dan akan diasingkan dari murid-murid yang sihat untuk menduduki peperiksaan di bilik khas di pusat peperiksaan di sekolah.
- Situasi ketiga, jika penularan wabak tidak dapat dibendung hanya murid yang menduduki peperiksaan sahaja diminta hadir ke sekolah, manakala murid lain diberi cuti sehingga peperiksaan tamat.
KPM telah membuat persediaan rapi termasuklah bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani wabak ini.
KPM memerlukan maklumat sebenar dari calon agar pemantauan dan bantuan sewajarnya dapat diberikan kepada calon. KPM memohon pihak sekolah agar sentiasa peka terhadap kesihatan calon dan menyalurkan maklumat calon kepada bilik gerakan. KPM akan mengoperasikan bilik gerakan di peringkat Pusat dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Pejabat Pelajaran Daerah seminggu sebelum peperiksaan bermula.
Saya menasihatkan pihak pentadbir sekolah untuk meningkatkan tahap kebersihan murid-murid dan sekolah agar penularan Influenza A (H1N1) dapat dikawal. Di sekolah, pengetua, guru besar dan guru bertugas dikehendaki membuat pemeriksaan sebelum peperiksaan bermula untuk membolehkan murid sihat diasingkan dari murid yang menunjukkan gejala wabak ini. Calon yang menunjukkan gejala wabak atau telah dijangkiti wabak akan dibantu dengan membekalkan topeng muka semasa peperiksaan.
Saya bagi pihak KPM menyeru dan menasihatkan supaya semua ibu bapa sentiasa peka dan mengikut panduan penjagaan kesihatan serta mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan anak-anak kita. Sekiranya anak-anak menunjukkan gejala dijangkiti wabak ini, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Kepada para petugas peperiksaan juga diingatkan agar mematuhi arahan dan mengambil langkah pencegahan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan pula, saya menasihatkan agar menjaga kesihatan diri semoga tidak dijangkiti penyakit ini dan dapat menduduki peperiksaan.
Saya mendoakan semua calon dilindungi Allah supaya dapat menduduki peperiksaan dengan jayanya. Manakala bagi warga sekolah dan para petugas peperiksaan bersama-samalah kita berdoa agar dijauhi dari wabak ini.
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
6 Ogos 2009
Tuesday, September 8, 2009
BERITA TERKINI
1. Rawatan Antiviral Influenza :
- Semua pesakit yang bersimptom influenza dan mempunyai risiko adalah diminta segera mendapat rawatan antiviral influenza di mana-mana hospital atau klinik yang berdekatan. Di fasiliti kerajaan rawatan adalah percuma.
- Individu yang sakit dengan simptom influenza, tidak termasuk dalam golongan berisiko tetapi mempunyai demam yang tinggi dan berpanjangan (lebih 2 hari) juga akan diberikan rawatan. Oleh itu mereka perlu memantau simptom demam yang berpanjangan untuk mendapat rawatan sewajarnya.
- Bagi mereka yang tidak termasuk di dalam golongan (a) dan (b) di atas, dan telah menjalani ujian “rapid test” serta positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam. Simptom yang dimaksudkan adalah sesak nafas, sakit dada berterusan, kahak berdarah, cirit-birit atau muntah berterusan, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif atau rasa pening kepala apabila berdiri.
2. Pandemik influenza A telah memasuki fasa mitigasi, oleh itu tindakan penutupan sekolah dan institusi hanya akan diambil sebagai pilihan akhir. Tindakan penutupan sekolah/ institusi hanya akan dilakukan oleh pihak sekolah atau institusi bila kehadiran pelajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik. Pihak sekolah/ institusi bertanggungjawab untuk memutuskan status penutupan sekolah/ institusi/ kelas. Pihak sekolah/ institusi boleh mendapatkan nasihat daripada pegawai kesihatan daerah jika perlu.
Tindakan yang perlu diambil adalah:
- Ibu bapa/ penjaga hendaklah memastikan anak mereka yang mempunyai gejala ‘infleunza like illness’ tidak hadir ke sekolah dan mendapatkan rawatan.
- Pihak sekolah diminta untuk membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap murid sekolah setiap hari dan merujuk ke klinik untuk rawatan lanjut.
3. Rawatan oleh Klinik dan Hospital Swasta
Semua klinik dan hospital swasta boleh merawat jangkitan influenza dan diminta untuk tidak menolak pesakit yang hendak mendapatkan rawatan di klinik atau hospital mereka. Pihak klinik dan hospital swasta boleh mendapatkan bekalan antiviral dari pihak pembekal secara terus. Untuk makluman, rawatan kes-kes ini tidak terhad kepada ‘designated’ hospital sahaja asalkan mempunyai kemudahan bilik isolasi juga boleh memberi rawatan.
4. Penutup Mulut dan Sanitizer
Saya meminta supaya pihak pengeluar, pembekal dan penjual penutup mulut dan sanitizer agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Penutup mulut dan sanitizer ini perlu untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan influenza A(H1N1) dalam masyarakat. Saya akan meminta kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memantau perkara ini.
5. Vaksin dan Tamiflu
Saya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa vaksin dan antiviral adalah berbeza. Antiviral seperti Oseltamivir (Tamiflu) yang diambil secara oral dan Zanamivir (Relenza) yang diambil secara sedutan adalah ubat untuk merawat jangkitan influenza A(H1N1) dan ianya bukan vaksin. Vaksin untuk Influenza A(H1N1) masih belum ada sama ada di Malaysia atau di dunia.
Orang ramai diminta sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.